PENGENALAN
Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja
yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan
harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa
tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah
kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia,
perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi
ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan
sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama
remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan
datang.
Kebelakangan
ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial
tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru
kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan
Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan
benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara
terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan
akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang
melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada
masyarakat kita hari ini.