KESIMPULAN
Remaja
kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan
yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi.
Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri
mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih
hiburan melampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur
antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai
remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan
yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi
yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah
yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa
bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau
gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang
meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di
seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu
memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi
jenerasi yang berguna pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment