CARA
MENGATASI
1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan
agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama
yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan
kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu,
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan
dalam diri mereka.
4. Mereka
juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati
janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.
5, Berkawan
dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan
positif.
6.
Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan
pandangan yang baik.
7. Peranan
media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan
rohani.
8. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan
dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik
seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
9. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak
berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir
hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.
10.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik
dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
11.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah
jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.
No comments:
Post a Comment