ISU DAN PUNCA
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup
yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak,
secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk
sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan
muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana
tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan
sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama
adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar
ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Salah satu faktor penting yangmenyumbang
kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak
atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek
hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan
dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam
keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan
pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’
mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan
jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka
sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin
untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…
No comments:
Post a Comment